Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh,
guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.
Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah
boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui
Internet.
No comments:
Post a Comment